Wednesday, July 10, 2019

REZEKI DATANGNYA DARI ALLAH SWT

7 TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SWT
■ 1) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.
■ 2) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.
■ 3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikata kan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripada kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
■ 4) Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.
■ 5) Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.
■ 6) Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenar nya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
■ 7) Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbul kan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.
Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata.
Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari Allah SWT kurniakan. seperti yang terdapat didalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya”
Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.
Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah (berkat, barakah) menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan daripada Allah SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha yang dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua kedudukan tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur kepada Allah.
Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Allah didalam kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati”       (HR Ahmad)
Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.
Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. “Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri”
(Surah Ali-Imran (3) ayat 102)
Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan. Ilmu,sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki. Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak lansung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri. Jika seseorang mendapat gaji yang besar tetapi tidak merasai cukup kerana terlalu banyak perkara yang perlu di bayar dan merasai sentiasa tak cukup.
Sedangkan ada setengah orang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi menyara isteri dan anak-anak, mampu membeli rumah, kereta dan mampu membiayai pengajian anak-anaknya ke universiti. Ini adalah petanda rezeki yang tak berkat dengan rezeki yang berkat.

Perbandingan INTEL CORE

Teringat Kuiz 1 semasa dalam subjek STID 1103 Aplikasi Komputer 
Dalam Pengurusan.. Perbandingan Spesifikasi Komputer.. ini 
sebahagian untuk perbandingan ketiga-tiga jenis INTEL


Jika kita lihat kepada sejarah produk keluaran syarikat Intel, iaitu Core 2 Duo yang berjaya dalam pasaran bertahun lamanya. Dan sehingga kini produk tersebut masih hangat dipasaran. Namun, teknologi tidak berhenti di situ. Kini Intel telah tampil dengan satu barisan unit pemprosesan yang terbaru yang diberi nama siri i dengan binaan arkitek Sandy Bridge.
Dan jika dibandingkan harga untuk Core 2 Duo berbanding barisan Intel Core i3 adalah jauh lebih tinggi. Mengapa? Kerana kini Intel lebih menekankan kepada produk yang mampu dimiliki oleh semua pengguna tetapi mempunyai kapasiti dan kemampuan yang jauh lebih tinggi. Selain itu, Intel sedang membina reputasi untuk menghasilkan produk mampu dibeli selain pesaing terdekat iaitu AMD.

Intel Core i3

Kita bermula dengan barisan yang paling bawah dan diikuti dengan yang paling tinggi. Core i3 adalah unit pemproses yang paling mampu dimiliki. Walaupun harganya rendah tetapi kemampuannya sebagai unit pemproses jauh lebih hebat dan diterima baik oleh banyak golongan pakar dan biasa.
Teknologi yang terbina dibelakang unit pemproses Core i3 termasuklah teknologi 'dual core', sokongan 'hyper threading' dan 'virtualization'. Core i3 menyokong penuh penggunaan versi Windows 64-bits (rujuk artikel: 32 bit vs 64 bit: Perbezaan sistem dan kelebihan). Dengan mengambil kira kelebihan produk Intel ini yang didatangkan dengan teknologi 32nm, boleh dikatakan Core i3 mempunyai tahap prestasi hampir setanding dengan spesifikasi terendah pemproses Core 2 Quad.
Jadi, adakah perlu anda memiliki Core i3? Bergantung. Sekiranya anda menggunakan komputer untuk melakukan kerja-kerja biasa seperti pemprosesan teks, menghantar emel, melayari internet, mendengar muzik dan lain-lain; Intel Core i3 lebih mencukupi untuk mengendali semua aktiviti ini. Pemproses Core i3 adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan pengguna.

Intel Core i5

Core i5 adalah produk pertengahan unit pemprosesan daripada Intel. Ia adalah setapak lebih maju berbanding i3. Core i5 ternyata memberi perbezaan dari segi kelajuan bergantung kepada jenis perisian yang dijalankan. Sekiranya kita mencuba perisian ringkas seperti Notepad, sukar untuk melihat perbezaan prestasi antara i3 dan i5. Tetapi sekiranya kerja-kerja seperti suntingan pelbagai fail dalam Adobe Photoshop, anda akan perasan i5 dilihat lebih mudah mengendali semua ini.
Secara teknikalnya, Core i5 dipasaran sedikit berbeza. Terdapat dua jenis dalam barisan pemproses Core i5 ini iaitu 'dual core' dan 'quad core'. Dual Core i5 mempunyai teknologi 32nm, sokongan 'hyper threading', 'virtualization' dan Turbo Boost. Manakala Quad Core i5 mempunyai teknologi 45nm, 'virtualization' dan Turbo Boost, tetapi tidak dilengkapi dengan sokongan 'hyper threading'.
Jadi adakah kedua-dua jenis Core i5 ini menawarkan prestasi yang sama? Ya, dalam kebanyakan keadaan. Tetapi salah satu jauh lebih baik sekiranya menjalankan aplikasi yang menggunakan 'multi threading'. Pastikan anda mengambil maklum perbezaan antara kedua-dua jenis Core i5 ini seandainya unit pemprosesan yang spesifik menjadi fokus utama.
Sekali lagi, perlukah anda mendapatkan Core i5? Dalam kebanyakan keadaan, memiliki Core i5 adalah yang paling selamat. Core i5 menawarkan prestasi yang mencukupi untuk melakukan aktiviti seperti suntingan video dan permainan, dan lebih daripada cukup untuk menjalankan kerja-kerja ringan seperti pemprosesan teks, melayari internet dan emel. Core i5 adalah produk terbaik, mempunyai harga pertengahan bagi kebanyakan pengguna yang selalu menggunakan komputer dan menawarkan tugasan berbilang (multi task).

Intel Core i7

Terakhir kita akan melihat kepada barisan tertinggi, Intel Core i7. Core i7 adalah unit pemproses yang tertinggi dalam barisan siri i, dan terhebat dalam semua siri Core. Harganya juga adalah yang termahal dalam semua produk Intel. Secara teknikal, Core i7 juga didatangkan dalam dua variasi yang boleh dipilih. Apa yang berbeza dalam jenis ini? Chipset.
Core i7 boleh didapati sama ada yang dibina dengan siri chipset LGA1156 atau LGA1366. Kedua-dua chipset ini menawarkan prestasi 'Quad core', sokongan 'virtualization', 'hyper threading' dan Turbo Boost. Walau bagaimanapun, model siri Core i7 9xxx, yang menggunakan chipset 1366 dikatakan terpantas dan terbaik antara terbaik dalam semua jenis unit pemprosesan, termasuklah AMD.
Kedua-dua variasi Core i7 ini kebanyakan keadaan menunjukkan prestasi yang hampir sama, dan yang pastinya kelajuannya tersangat hebat. Tetapi yang digandingkan dengan chipset 1366 adalah lebih baik untuk digunakan bagi perisian permainan.
Perlukah anda dapatkan Core i7? Semestinya bergantung kepada anda. Bagi kebanyakan pengguna komputer, Core i7 adalah terlebih hebat dan tidak menjadi keperluan penting. Tetapi bagi anda yang mengejar kepada produk terkini dan terpantas, hanya Core i7 sahaja boleh menjawab semua persoalan tersebut.
Jika anda seorang yang pentingkan kepada prestasi dan kelajuan, mungkin Core i7 adalah yang pertama dilihat menepati sasaran. Tetapi ramai yang beranggapan dan khabar angin kuat mengatakan, Intel akan keluarkan satu lagi barisan iaitu "i9". Walau bagaimanapun keluaran ini tidak menjejaskan harga Core i3, i5 dan i7 sekarang. Core i9 adalah unit pemprosesan dalam barisan super prestasi, mengatasi kemampanan i7 sekarang.

Bercuti & Mempelajari Budaya Korea



Korea and Cerita Korea lagi !! Hikss.. Rasa nak share travel ke Seoul,Korea. Seronok sambil share cerita kat sini, sambil macam throwback balik kenangan-kenangan yang dah ditinggalkan di negara Kimchi tu! 

Senarai budget yang perlu dititikberatkan sebelum pergi travel kemana-mana negara secara persendirian ialah :

1. Tiket FLIGHT (Return) – Cari Murah2.. Air Asia Selalu buat Promo…
2. Hotel / Tempat Penginapan –Booking Terus Agoda. Mudah & Selamat
3. Cost Transportation - Beli T-Money untuk Subway Train (Jimat)
4. Tempat makan halal
5. Duit KOREA – Tunggu Matawang Ringgit MY naik baru TUKAR ye.
6. Sesat.. : Download sahaja App Subway Train Offline
**Cari Ittenery Backpaker di Goggle … bersepah wehhhh…  Saya pon mcm tu jugak.


 Tempat Menarik Di Seoul...... 


                           




1. NAMSAN TOWER

Namsan Tower merupakan mercu tanda paling terkenal di Seoul. Kalau di Malaysia ada KLCC dan KL Tower, ikon kota Seoul pula adalah Namsan Tower.
Dari ketinggian 236.7m, anda boleh melihat panorama kota Seoul secara menyeluruh. Di puncak juga terdapat pelbagai cenderahati ekslusif untuk dibawa pulang.
Jangan lupa untuk tinggalkan tanda kenangan anda di dataran ‘Love Locks’nya yang terkenal. Disini juga terdapat Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa dahulu dan kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun.





2. DONGDAEMUN

Disinilah terletaknya tersergam megah rekaan senibina arkitek terkenal Zaha Hadid iaitu Dongdaemun Design Plaza (DDP). Bangunan ini telah terpilih sebagai salah satu tempat wajib dikunjungi oleh New York Times. Rekaannya yang sofistikated ini ialah merupakan pusat utama bagi acara konvensyen, persembahan, dan pameran. LED rose garden adalah salah satu spot yang paling popular untuk bergambar sama ada waktu siang atau malam. Sekali pandang, memang kagum!
Dongdaemun juga terkenal dengan pasar malamnya yang santai dengan pelbagai barangan yang dijual serta aneka street food untuk dicuba.
Jangan tak tahu, dekat Dongdaemun juga ada tempat bagi yang menggilai ikon Kpop seperti Bigbang dan 2NE1. Di K-Live, Dongdaemun Lotte FitIn, anda boleh membeli pelbagai official merchandise daripada artis-artis kesayangan and, mengambil gambar secara virtual di photobooth serta konsert hologram bagi yang ingin mengalami kehangatan suasana di konsert.
Jangan lepaskan peluang juga untuk ke Krunk Kafe, sebuah kafe bertemakan artis Korea yang digayakan oleh beruang biru terkenal iaitu Krunk. Comel sangat!




3. MYEONGDONG & NAMDAEMUN

Memang rugi kalau tidak singgah ke Myeongdong sesudah sampai ke Seoul. Kawasan ini ada tempat membeli-belah terbaik jika anda ingin mencari skincare dan produk mekap dari Korea. Kedai pakaiannya juga tidak kurang hebatnya. Harga juga agak berbaloi dan boleh ditawar.
Kalau ke sini, tak sahlah kalau tak singgah ke kafe-kafe unik di sini seperti Cat Café dan Hello Kitty Café. Tentunya ia memberi pengalaman yang baru bagi anda. Selain itu, bagi penggemar Kpop, kedai menjual CD dan merchandise Kpop ada di serata tempat.
Berdekatan Myeongdong, anda boleh pergi ke satu lagi tempat membeli-belah yang popular iaitu Namdaemun.





4. INSADONG

Secara peribadinya, Insadong adalah salah satu tempat yang saya paling gemari. Tempat ini sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada Jonker Street di Melaka dan juga street art serta kafe-kafe di Penang. Insadong adalah ibarat street art di Seoul yang nostagik, padat dengan pelbagai acara seni dan festival yang sering diadakan di sepanjang jalan. Ia menawarkan peluang bagi pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang seni dan kebudayaan tradisional Korea.
Di sini juga terdapat cenderamata yang lebih berkualiti dan cantik hasil kerja tangan pereka-pereka tempatan. Selain keychain, beg, dan patung-patung comel, ada juga kedai-kedai tembikar, galeri, kedai coklat, dan teh. Di sini juga terletaknya banyak restoran tradisional dan tea houses.
Setiap Sabtu dari 2 petang – 10 malam dan Ahad dari 10 pagi – 10 malam, jalan utama di Insadong ini akan ditutup kepada kenderaan dan bertukar menjadi kawasan ekslusif pejalan kaki bagi mempamerkan budaya Korea.








5. PULAU NAMI

Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi. Di sinilah penggambaran drama terkenal Winter Sonata.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini. Terdapat dua cara untuk masuk ke Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melaluizipline bagi yang sukakan cabaran. Di dalam pulau tersebut, anda boleh menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Terdapat juga taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik dan surau bagi pengunjung Muslim.
Pelbagai hidangan boleh dinikmati di beberapa restoran yang disediakan. Antara makanan yang terkenal adalah ‘nasi goncang’ atau dosirak.


“Ish, tak sabar nak jejakkan kaki ke Korea. Kalau nak ikutkan, semua tempat nak pergi. Tapi, ada masa 4-5 hari saja. Apa tempat menarik di Seoul yang mesti masukkan dalam bucketlist aku nanti ya?”
Korea adalah salah satu tempat percutian yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Bukan sekadar budaya K-pop yang menjadi alasan untuk berkunjung ke sana, tetapi negara 4 musim ini tentunya menjanjikan keindahan semulajadi yang unik untuk percutian musim sejuk, musim bunga, musim panas mahupun musim luruh.
Memang ‘rambang mata’ bila nak berjalan-jalan di Seoul, Korea Selatan.








6. ISTANA GYEONGBOKGUNG

Hayati sejarah Dinasti Joseon di Istana Gyeongbokgung. Istana ini dipelihara sejak dahulu lagi sebagai usaha untuk memperkaya nilai tradisi dan kebudayaan masyarakat Korea. Menariknya, di sini anda boleh mencuba pakaian tradisional Korea iaitu hanbokdan bergambar di sekitar istana.
Berdekatan dengan istana Gyeongbokgung terletaknya Tugu Raja Sejong iaitu raja paling berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi. Muzium Raja Sejong yang terletak betul-betul di bawah tugunya yang dibina bagi memperingati jasanya terhadap pembangunan Korea. Anda juga boleh mencuba menulis nama sendiri dalam tulisan hangul sebagai kenangan. Berdekatan dengan Tugu Raja Sejong, ada sungai yang di jaga oleh Kerajaan Korea... Sungguh bersih & jernih serta ikan dilepaskan di dalam sungai tersebut.. (Ni tempat muda-mudi berdating)😍😍😀





7. ITAEWON

Itaewon adalah bandar yang terkenal dengan gabungan budaya yang meluas termasuk Islam. Disinilah terletaknya Seoul Central Mosque untuk kemudahan umat Islam. Makanan juga mudah dicari disini kerana populasi penduduk Islamnya yang agak ramai. Pelbagai makanan seperti kebab Turki dan makanan Indonesia dijual di kawasan ini bagi santapan pengunjung. terdapat beberapa deretan kedai untuk para pengunjung membeli belah.
Itaweon juga menempatkan beberapa kafe terkemuka yang menghidangkan pastri dan kek yang menarik. Di sini juga anda boleh mencuba kafe dan mengambil gambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel.


8. LOTTE WORLD

Lotte World adalah taman tema indoor terbesar di dunia. Sejak dibuka pada tahun 1989, taman tema ini sesuai dikunjungi seisi keluarga tidak kira musim. Taman tema ini menjadi kunjungan dari berjuta pelancong setiap tahun.
Di dalamnya terdapat 45 jenis tarikan yang boleh dicuba seisi keluarga. Antaranya tarikan bertema seperti Sinbad, Egyptian dan Atlantis. Kegiatan lain juga pasti menarik perhatian seperti bermain ski, membeli belah, melawat akuarium dan muzium sejarah Korea.
😀😀

9. PETITE FRANCE

Rasai pengalaman berada di Perancis di Petite France yang terletak di Gapyeong. Taman tema yang dibangunkan dengan senibina Perancis ini didedikasikan kepada penulis terkemuka Perancis iaitu Saint Exupery. Anda berpeluang mengambil gambar dengan The Little Prince yang berada di beberapa lokasi sekitar taman tema ini.
Kawasan ini juga direka dengan seni berdasarkan pengembaraan The Little Prince menurut novel tersebut.  Terdapat pelbagai muzium,kafe, workshop dan guesthouseyang ditawarkan kepada pengunjung. Taman tema ini juga mengadakan beberapa persembahan sebagai tarikan seperti persembahan muzik orgel, pertunjukan boneka, dan tarian ‘marionette’.


*Syukur dapat sampai & mengenali budaya korea.*



Doa Selepas Solat

Doa Selepas Solat Fardhu

Doa adalah salah satu daripada anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T. untuk hamba-hambaNya sebagai senjata yang amat berguna. Ianya dikurniakan kepada kita semua untuk membuat hajat dan memohon apa sahaja pertolongan daripada Yang Maha Esa. Apa yang lebih menggembirakan adalah ianya boleh dibuat hampir pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (melainkan terdapat beberapa larangan, seperti larangan berdoa di dalam tandas), terutamanya membacakan doa selepas solat.
Berdoa selepas solat adalah salah satu daripada waktu yang dikatakan paling adfhal kerana ia dibuat sejurus selepas kita menunaikan kewajipan kepada Sang Pencipta. Terdapat juga beberapa jenis bacaan doa yang boleh dikatakan telah menjadi standard yang sering dibacakan oleh imam-imam di surau & masjid (merujuk kepada demografik di Malaysia). Panduan doa ini juga amatlah berguna buat saudara yang mula berjinak-jinak untuk menjadi imam (alhamdulillah syukur!). Jadi, di sini suka untuk saya kongsikan 2 versi doa yang lazim dibacakan. Terdapat juga kaedah bacaan rumi untuk memudahkan sebutan dan bacaan. Doa-doa ini juga adalah ringkas dan mudah untuk dihafal.
P/S: Jika anda mencari doa selepas solat Dhuhasila klik pautan ini.

Versi Doa Selepas Solat (Jawi & Rumi Beserta Makna)

Doa Versi 1

Bacaan Jawi:

(visual terbaik jika diakses menggunakan telefon pintar)
Doa Selepas Solat Fardhu | Panduan Bacaan Jawi & Rumi beserta maksud Doa

Bacaan Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud Doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa Versi 2

Bacaan Jawi:

Doa Selepas Solat | Bacaan Jawi serta Rumi untuk Panduan Anda

Bacaan Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.
Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.
wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.
Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.
Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Makna Doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada kita semua. In Sha Allah.
Nota: Admin berkongsi maklumat ini dengan niat ingin menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada rakan-rakan di luar sana yang ingin memperkasakan ibadah masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat yang dipaparkan di dalam artikel ini, Admin ingin memohon maaf dan meminta kerjasama pembaca untuk membuat teguran dan cadangan di ruangan komen. In Sha Allah, Admin akan sedaya upaya membuat pembetulan secepat mungkin.


Tuesday, July 9, 2019

Peminat SATAY Tegar

Satay..


Mari sama-sama kita belajar Perap SATE. 

“Teringin pulak nak makan satay hari ni. Tapi kadang tu rasa tak puas beli satay sebab isinya bukan main sikit. Baik buat sendiri kan?”
Satay ni memang makanan favourite ramai rakyat Malaysia. Sekali hadap tu 10 cucuk pun rasa tak cukup. Sedangkan secucuk tu harganya ada yang nak cecah RM1.30 sekarang ni.
So, rabak jugalah poket kalau beli banyak-banyak kan. Yang tak puas hati tu kalau dapat yang isinya sikit, lemak je lebih. Kan ke frust tu?
Jadi apa kata kita cuba buat satay sendiri dekat rumah. 
Ikuti resepi beliau selengkapnya di bawah ini.

RESEPI SATAY BAKAR GUNA OVEN. MEMANG SENANG & CEPAT!

Alhamdulillah first time buat satay dan kuah kacang untuk tetamu datang beraya malam ni.
Sebab teringin nak gigit and tarik dari lidi tu, cucuk timun, nasi impit cicah dalam kuah kacang pakai lidi, kita pun buatlah sendiri.
Tapi ni satay ‘derhaka’ namanya, sebab masuk oven je. Satay ala Malaysia Airlines gitu.
Walaupun rupanya mungkin tak seindah yang biasa, tapi alhamdulillah tetap cukup rasa rempahnya.
Ini resepi yang saya olahkan lepas dah rujuk beberapa resepi.

BAHAN-BAHAN

Bahan perap satay untuk 2kg daging ayam
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 1 sudu ketumbar
  • 1/2 sudu lada hitam
*semua yang di atas sangai dulu, kemudian tumbuk halus atau blender je
  • Serai 3 btg
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Buah keras 1 biji
*blender atas ni semua sekali campur bahan yang dah sangai tadi

BAHAN PERASA

  • Madu
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Garam

CARA-CARA

1. POTONG ISI AYAM

Mula-mula pilih bahagian isi ayam dan potong kecil.
Agak-agak ikut saiz yang sesuai untuk cucuk dekat lidi.

2. SEDIAKAN BAHAN PERAPAN

Lepas tu perap ayam yang dah potong kecil tu dengan bahan perapan yang dah dikisar di atas.

3. PERASAKAN

Campurkan perapan ayam dengan perasa secukupnya.
Saya masukkan madu sikit, gula merah, gula pasir dan garam. Kuantitinya bolehlah agak-agak ya.

4. PERAP AYAM DALAM PETI SEJUK

Kemudian perapkan ayam tadi dalam peti sejuk. Lagi lama lagi bagus supaya perasanya semua meresap dalam ayam.

5. RENDAM & CUCUK LIDI

Sambil tunggu tu, rendamkan lidi dalam air.
Orang kata elok rendam dalam 1 jam, sebab nak elak dia senang patah atau isi melekat.
Dah perap baru cucuk kat lidi.

6. BAKAR

Lepas tu bolehlah bakar dalam oven.
Suhu dalam 180 api atas bawah, 20-25 minit. Bergantung pada oven masing-masing.

BERBALOI BUAT SENDIRI, BOLEH MAKAN PUAS-PUAS!

Dah siap, macam nilah rupanya… Boleh sangatlahkan buat makan sendiri dekat rumah kan?

Yang nak simpan stok, bolehlah bakar separuh masak dulu. Sejukkan dan simpan dalam freezer. Bila nak makan, bakar semula sampai garing dan masak sepenuhnya.
Dipersilakan cuba, sharing is caring.
Adjust je ikut citarasa dan kepuasan masing-masing ya.