
Korea and Cerita Korea lagi !! Hikss.. Rasa nak share travel ke Seoul,Korea. Seronok sambil share
cerita kat sini, sambil macam throwback balik kenangan-kenangan yang dah
ditinggalkan di negara Kimchi tu!
Senarai
budget yang perlu dititikberatkan sebelum pergi travel kemana-mana negara
secara persendirian ialah :
1. Tiket FLIGHT (Return) – Cari Murah2.. Air Asia Selalu buat Promo…
2. Hotel / Tempat Penginapan –Booking Terus Agoda. Mudah & Selamat
3. Cost Transportation - Beli T-Money untuk Subway Train (Jimat)
4. Tempat makan halal
1. Tiket FLIGHT (Return) – Cari Murah2.. Air Asia Selalu buat Promo…
2. Hotel / Tempat Penginapan –Booking Terus Agoda. Mudah & Selamat
3. Cost Transportation - Beli T-Money untuk Subway Train (Jimat)
4. Tempat makan halal
5. Duit KOREA – Tunggu Matawang Ringgit MY naik
baru TUKAR ye.
6. Sesat.. : Download sahaja App Subway Train Offline
**Cari Ittenery Backpaker di Goggle … bersepah wehhhh… Saya pon mcm tu jugak.
1. NAMSAN TOWER
Namsan Tower merupakan mercu tanda paling terkenal di Seoul.
Kalau di Malaysia ada KLCC dan KL Tower, ikon kota Seoul pula adalah
Namsan Tower.
Dari ketinggian 236.7m, anda boleh melihat panorama kota Seoul
secara menyeluruh. Di puncak juga terdapat pelbagai cenderahati ekslusif untuk
dibawa pulang.
Jangan lupa untuk tinggalkan tanda
kenangan anda di dataran ‘Love Locks’nya yang terkenal. Disini juga
terdapat Muzium Teddy Bear yang
mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa
dahulu dan kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti
Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun.
2. DONGDAEMUN
Disinilah terletaknya tersergam megah
rekaan senibina arkitek terkenal Zaha Hadid iaitu Dongdaemun
Design Plaza (DDP). Bangunan ini telah terpilih sebagai salah
satu tempat wajib dikunjungi oleh New York Times. Rekaannya yang sofistikated
ini ialah merupakan pusat utama bagi acara konvensyen, persembahan, dan
pameran. LED rose garden adalah salah satu spot yang
paling popular untuk bergambar sama ada waktu siang atau malam. Sekali pandang,
memang kagum!
Dongdaemun juga terkenal dengan pasar
malamnya yang santai dengan pelbagai barangan yang dijual serta aneka street food untuk dicuba.
Jangan tak tahu, dekat Dongdaemun
juga ada tempat bagi yang menggilai ikon Kpop seperti Bigbang dan 2NE1. Di
K-Live, Dongdaemun Lotte FitIn, anda boleh membeli
pelbagai official merchandise daripada artis-artis
kesayangan and, mengambil gambar secara virtual di photobooth serta
konsert hologram bagi yang ingin mengalami kehangatan suasana di konsert.
Jangan lepaskan peluang juga untuk ke Krunk
Kafe, sebuah kafe bertemakan artis Korea yang
digayakan oleh beruang biru terkenal iaitu Krunk. Comel sangat!
3. MYEONGDONG & NAMDAEMUN
Memang rugi kalau tidak singgah ke
Myeongdong sesudah sampai ke Seoul. Kawasan ini ada tempat membeli-belah
terbaik jika anda ingin mencari skincare dan produk mekap dari Korea. Kedai pakaiannya juga
tidak kurang hebatnya. Harga juga agak berbaloi dan boleh ditawar.
Kalau ke sini, tak sahlah kalau tak
singgah ke kafe-kafe unik di sini seperti Cat Café dan Hello
Kitty Café. Tentunya ia memberi pengalaman yang baru bagi
anda. Selain itu, bagi penggemar Kpop, kedai menjual CD dan merchandise
Kpop ada di serata tempat.
Berdekatan Myeongdong, anda boleh
pergi ke satu lagi tempat membeli-belah yang popular iaitu Namdaemun.
4. INSADONG
Secara peribadinya, Insadong adalah
salah satu tempat yang saya paling gemari. Tempat ini sedikit sebanyak
mengingatkan saya kepada Jonker Street di Melaka dan juga street
art serta kafe-kafe di Penang. Insadong adalah ibarat street art di
Seoul yang nostagik, padat dengan pelbagai acara seni dan festival yang
sering diadakan di sepanjang jalan. Ia menawarkan peluang bagi pelancong untuk
mengenali dengan lebih mendalam tentang seni dan kebudayaan tradisional Korea.
Di sini juga terdapat cenderamata
yang lebih berkualiti dan cantik hasil kerja tangan pereka-pereka tempatan.
Selain keychain, beg, dan patung-patung comel, ada juga
kedai-kedai tembikar, galeri, kedai coklat, dan teh. Di sini juga terletaknya banyak
restoran tradisional dan tea houses.
Setiap Sabtu dari 2 petang – 10 malam dan Ahad dari 10
pagi – 10 malam, jalan utama di Insadong ini akan ditutup kepada kenderaan
dan bertukar menjadi kawasan ekslusif pejalan kaki bagi mempamerkan budaya Korea.
5. PULAU NAMI
Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Pulau Nami
adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam
semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi
ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi. Di sinilah penggambaran drama
terkenal Winter Sonata.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh
dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini. Terdapat dua cara untuk masuk ke
Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melaluizipline bagi
yang sukakan cabaran. Di dalam pulau tersebut, anda boleh menaiki
basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak.
Terdapat juga taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik dan
surau bagi pengunjung Muslim.
Pelbagai hidangan boleh dinikmati di
beberapa restoran yang disediakan. Antara makanan yang terkenal
adalah ‘nasi goncang’ atau dosirak.
“Ish, tak sabar nak jejakkan
kaki ke Korea. Kalau nak ikutkan, semua tempat nak pergi. Tapi, ada masa
4-5 hari saja. Apa tempat menarik di Seoul yang mesti masukkan dalam
bucketlist aku nanti ya?”
Korea adalah salah satu tempat
percutian yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Bukan sekadar budaya K-pop
yang menjadi alasan untuk berkunjung ke sana, tetapi negara 4 musim ini tentunya menjanjikan
keindahan semulajadi yang unik untuk percutian musim sejuk, musim bunga, musim
panas mahupun musim luruh.
Memang ‘rambang mata’ bila nak
berjalan-jalan di Seoul, Korea Selatan.
6. ISTANA GYEONGBOKGUNG
Hayati sejarah Dinasti Joseon di
Istana Gyeongbokgung. Istana ini dipelihara sejak dahulu lagi sebagai usaha
untuk memperkaya nilai tradisi dan kebudayaan masyarakat Korea. Menariknya, di
sini anda boleh mencuba pakaian tradisional Korea iaitu hanbokdan
bergambar di sekitar istana.
Berdekatan dengan
istana Gyeongbokgung terletaknya Tugu Raja Sejong iaitu raja paling
berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang
memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi. Muzium
Raja Sejong yang terletak betul-betul di bawah tugunya
yang dibina bagi memperingati jasanya terhadap pembangunan Korea. Anda juga
boleh mencuba menulis nama sendiri dalam tulisan hangul sebagai kenangan. Berdekatan dengan Tugu Raja Sejong, ada sungai yang di jaga oleh Kerajaan Korea... Sungguh bersih & jernih serta ikan dilepaskan di dalam sungai tersebut.. (Ni tempat muda-mudi berdating)😍😍😀
7. ITAEWON
Itaewon adalah bandar yang terkenal
dengan gabungan budaya yang meluas termasuk Islam. Disinilah terletaknya Seoul
Central Mosque untuk kemudahan umat Islam. Makanan juga
mudah dicari disini kerana populasi penduduk Islamnya yang agak ramai. Pelbagai
makanan seperti kebab Turki dan makanan Indonesia dijual di
kawasan ini bagi santapan pengunjung. terdapat beberapa deretan kedai untuk
para pengunjung membeli belah.
Itaweon juga menempatkan beberapa kafe terkemuka yang
menghidangkan pastri dan kek yang menarik. Di sini juga anda boleh mencuba kafe
dan mengambil gambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang
berkonsepkan karakter Line yang comel.
8. LOTTE WORLD
Lotte World adalah taman
tema indoor terbesar di dunia. Sejak dibuka pada tahun
1989, taman tema ini sesuai dikunjungi seisi keluarga tidak kira musim. Taman
tema ini menjadi kunjungan dari berjuta pelancong setiap tahun.
Di dalamnya terdapat 45 jenis tarikan yang boleh dicuba
seisi keluarga. Antaranya tarikan bertema seperti Sinbad, Egyptian dan
Atlantis. Kegiatan lain juga pasti menarik perhatian seperti bermain ski,
membeli belah, melawat akuarium dan muzium sejarah Korea.
9. PETITE FRANCE
Rasai pengalaman berada di Perancis di Petite France yang
terletak di Gapyeong. Taman tema yang dibangunkan dengan senibina Perancis ini
didedikasikan kepada penulis terkemuka Perancis iaitu Saint Exupery. Anda
berpeluang mengambil gambar dengan The Little Prince yang berada di beberapa
lokasi sekitar taman tema ini.
Kawasan ini juga direka dengan seni
berdasarkan pengembaraan The Little Prince menurut novel tersebut.
Terdapat pelbagai muzium,kafe, workshop dan guesthouseyang ditawarkan kepada pengunjung.
Taman tema ini juga mengadakan beberapa persembahan sebagai tarikan seperti
persembahan muzik orgel, pertunjukan boneka, dan tarian ‘marionette’.
*Syukur dapat sampai & mengenali budaya korea.*




























No comments:
Post a Comment